Mechanic of Motion
Week 1:
Berlakon tanpa suara seperti silent acting yang hanya menggunakan barang atau prop untuk digunakan ketika berlakon. Video tersebut adalah lakonan pendek yang dilakonkan oleh saya dan Syauqi. Barang yang kami gunakan ialah skru dan papan tanda bilik. Video ini menceritakan tentang dua orang mentainance yang sedang sibuk menampal papan tanda didinding. Pada permulaannya saya dan Syauqi menuju ke dinding yang ingin kami tampalkan papan tanda sambil ditangan saya membawa sebuah tool box. Saya meletakkan tool box dan mengeluarkan skru dan memanjat kerusi sambil Syauqi menghulurkan papan tanda tersebut kepada saya untuk dilekatkan ke dinding. Kemudian, Syauqi pula ingin menampalkan papan tanda didinding yang lain. Setelah Syauqi selesai menampal papan tanda tersebut dia terjatuh dari kerusi yang dia gunakan. Saya merasa cemas dan mahu mengangkat Syauqi tetapi disebabkan Syauqi yang terlalu berat membuatkan saya ingin menelefon untuk meminta bantuan.
Week 2:
Trust yourself
Ceritakan apa yang menarik tentang diri kita kepada rakan kita dan rakan kita melakukan perkara yang sama. Kemudian, kami perlu menceritakan apa yang kawan kita telah ceritakan tentang diri mereka kepada rakan-rakan lain.
Trust others
Saya berjalan sambil menutup mata sambil dibimbing oleh rakan saya sambil berimaginasi berada dikawasan yang lain. Sambil itu, kawan saya akan bertanya tentang apa yang saya minat dan saya perlu menjawab dan menceritakannya dan mempercayai kawan kita yang membimbing kita tanpa kita mengetahui kemana mereka bimbing kita.
Week 3:
Haiwan yang ingin saya jadi:
Menceritakan kepada rakan-rakan tentang haiwan apa yang ingin saya jadi sambil menghayati dan berimaginasi sebagaihaiwan tersebut. Jika saya menjadi seekor haiwan saya ingin menjadi seekor burung gagak. Saya ingin menjadi seekor burung gagak kerana saya boleh terbang kemana saya mahu. Saya tidak secantik burung-burung lain tetapi saya lebih bebas berbanding burung-burung yang cantik yang menjadi buruan manusia dan terperangkap didalam sangkar. Saya tidak perlu mencari makanan sendiri kerana saya boleh menghalau burung-burung kecil yang lain dan hanya mengambil hasil pencarian mereka. Saya tidak memilih kualiti makanan saya hanya bersyukur dengan apa sahaja makanan yang ditakdirkan sebagai rezeki saya pada hari itu.
Less Talk Act More:
Berlakon dengan menggunakan kurang dialog. Cerita ini dilakonkan oleh saya dan Hasif. Video inimengisahkan tentang saya ingin mengeluarkan wang di mesin bank ATM tetapi seorang lelaki iaitu Hasif terlalu dekat dibelakang saya jadi disebabkan perasaan berhati-hati saya menyuruh lelaki tersebut untuk menjauhkan jaraknya daripada saya dengan nada suara yang tiada dan marah. Ketika saya ingin beredar dari mesin bank tersebut saya tidak sedar yang saya tertinggal kad bank saya dan lelaki yang dibelakangnya tadi menjumpai kad tersebut dan memulangkan kad tersebut kepada saya sambil berterima kasih dan meminta maaf kerana terlalu biadab dengannya sebelum ini.
Atmosphere sound:
Kami berlakon dengan hanya menghasilkan bunyi persekitaran dalam satu kumpulan yang mempunyai 9 orang ahli. Situasi menceritakan beberapa orang penduduk bandar sedang berjalan tiba-tiba dua buah kereta merempuh sesama sendiri kerana memandu dengan sangat laju. Lalu ambulans datang menyelamatkan dua orang mangsa daripada dua buah kereta tersebut.
Character acting:
Saya memilih satu kad yang terdapat pelbagai watak secara rawak dan saya mendapat watak "generous person" atau murah hati. Saya memilih hasif sebagai pelakon pembantu. Kisahnya saya terjumpa Hasif yang masih belum makan tengah hari oleh kerana tiada duit belanja, jadi saya mengajaknya makan bersama dan menawarkan diri untuk membelanjakan makan tengah harinya.
Final:
Final:
Mengisahkan tentang dua orang detektif sedang menyiasat kes pembunuhan dilokasi pembunuhan. Mereka sering bergaduh tetapi setelah mereka berjaya menemui pembunuh tersebut mereka mula bekerjasama dan berjaya menyelesaikan misi tersebut. Pelakon Syauqi sebagai detektif Raven, saya sebagai detektif Watchdog, Hasif sebagai Professor Scarface, dan Syazwan sebagai Robot Scrab.
Comments
Post a Comment